DEFINISI KREATIVITI
Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku danpemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapatmenghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana iamemperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
"Untuk menyebabkan ada, membawa menjadi ada, berasal, untuk menimbulkan, mendatangkan, menghasilkan, menjadi yang pertama untuk menggambarkan dan memberikan watak untuk sebuah peran atau bahagian ciptaan: Sebuah produk asli penemuan manusia atau imajinasi."
"Sebuah muat menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, kesenjangan dalam pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, disharmonies dan seterusnya; mengenalpastisukar; mencari penyelesaian, membuat dugaan atau merumuskan hipotesis tentang kekurangan; pengujian dan tes ulang hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan tes ulang mereka dan akhirnya mengkomunikasikankeputusan. "(Torrance, 1974)
No comments:
Post a Comment